Selasa, 13 Oktober 2020

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK



GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA DALAM KALANGAN REMAJA

    Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

         Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

         Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

      Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan ‘copy paste’. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.

Antara sebab berlakunya gejala plagiat akademik dalam kalangan pelajar ialah,

1. PELAJAR KURANG MAHIR MENCARI MAKLUMAT

Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

2. TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG SECUKUPNYA

Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

3. SUASANA PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI BERBEZA DENGAN SEBELUMNYA

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

4. KURANG KESEDARAN TENTANG PLAGIRISM

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

5. KURANG PERSEDIAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata.

6. SIFAT PELAJAR ITU SENDIRI

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

 

 

SUMBER : http://maharamdotcom.blogspot.com/2010/10/mengapa-berlaku-plagiat.html


Kesan Plagiarisme Terhadap Pelajar

Akademik

Sekiranya didapati pelajar melakukan plagiat, sekatan akademik boleh dibuat termasuk pindah ke kelas yang lebih rendah, gagal kursus atau diberhentikan dari jurusan akademik. Kejadian plagiarisme juga dapat mengurangkan peluang untuk menjadi rujukan yang baik dari pengajar bagi permohonan biasiswa, program pengajian di luar negara atau bantuan siswazah. Ijazah boleh dilucutkan sekiranya didapati bahawa pelajar meniru dalam projek atau tesis.

Sekatan Disiplin

Plagiarisme adalah alasan untuk percubaan, penggantungan atau pengusiran dari pusat pengajian. Salah laku akademik boleh diletakkan di transkrip pelajar yang mungkin dilihat oleh kolej dan universiti lain. Jadi pelajar mungkin tidak dapat berpindah sebagai pelajar yang pintar atau masuk ke pusat pengajian undang-undang, pusat pengajian perubatan atau mana-mana universiti. Tiada bayaran balik pengajian atau yuran dikeluarkan semasa pelajar diberhentikan kerana ketidakjujuran akademik. Sekiranya pelajar adakah pelajar antarabangsa, pemecatan dari pusat pengajian boleh menyebabkan pengusiran dan memalukan keluarga.

Implikasi Kerjaya

Semasa mencari pekerjaan, terutama dalam penguatkuasaan undang-undang, kerajaan atau juga mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan, paling penting untuk memiliki sejarah disiplin yang bersih. Tuduhan plagiarisme di pusat pengajian boleh mempersoalkan etika, integriti dan kesesuaian untuk untuk pekerjaan tersebut. Dalam pasaran kerja yang kompetitif, bakal majikan mempertimbangkan surat rujukan dari tenaga pengajar untuk menolong mereka. Plagiarisme boleh menjadi rujukan dari pengajar yang membuktikan watak dan keilmuan pelajar.

 Peribadi

Plagiarisme membuat pelajar tidak belajar. Menipu memberi pelajar kelebihan yang tidak adil berbanding pelajar lain yang membuat kerja sendiri. Dihukum kerana melakukan penipuan boleh merosakkan reputasi pelajar dan merosakkan kepercayaan terhadap pelajar. Rakan sebaya mungkin kehilangan rasa hormat dan memilih untuk tidak bekerjasama dalam projek kumpulan. Walaupun pelajar tidak ditangkap, harga diri dapat dipengaruhi kerana mengetahui bahawa pelajar tidak layak mendapat markah yang pelajar terima.

sumber: https://education.seattlepi.com/effect-plagiarism-students-1195.html


MENANGANI PLAGIARISME

Ada pelbagai cara untuk menganangi plagiarisme dari berlaku. Langkah-langkah ini boleh diambil dari aspek individu itu sendiri. Masyarakat sesebuah kelompok akademik. Penulis karya akademik dan orang ramai secara amnya.

Bagi seseorang penulis akademik,seharusnya terdapat kesedaran dalam diri mereka tentang oroginality atau keaslian sesebuah karya yang mereka hasilkan.Mereka sewajarnya lebih bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya akademik mereka sendiri.

Meraka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam menulis karya akademik mereka. Hasil karya mereka perlulah bermutu dan bukanlah hasil yang 'tangkap-muat' sahaja. Mereka juga perlu yakin yang karya mereka berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan data-data yang mereka sendiri kumpulkan.

Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik. Meraka sedia maklum yang mencuri itu salah, tetapi tidak endah tentang mengambil karya orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan sedemikian.Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab , prihatin dan jujur dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Mereka perlu lebih menghargai,memahami dan menyebutkan sumber penulisan yang mereka rujuk di dalam tugasan mereka.Antara tindakan yang paling wajar bagi mengelakkan gejala plagiat dalam kalangan pelajar ini termasuklah,pelajar tersebut meletakkan diri mereka sebagai mangsa plagiat dimana,mereka bertungkus lumus menyiapkan tugasan atau karya akademik mereka,dan orang lain mengambil secara terus hasil penulisan mereka tanpa menyebut (cite) nama mereka sebagai penulis asal.Tidakkah itu boleh menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati,dan situasinya sama sahaja jika mereka yang menjadi plagiator.

Seseorang penulis itu juga perlulah mahir dalam membaca karangan atau penulisan orang lain dan pandai melakukan 'paraphrasing'. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata- kata penulis asal, tapi ia tidak lari dari makna sebenarnya.

Masyarakat seharusnya lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini dan tidak sewenangnya memandang enteng pada isu ini kerana ia melibatkan pesalah dalam kalangan anak bangsa sendiri di mana hal ini sangatlah memalukan. ia akan memberi implikasi yang sangat teruk kepada moral dan akhlak plagiator tersebut. Tanpa kesedaran dari masyarakat seolah-olah mereka membenarkan anak bangsa khususnya pelajar-pelajar universiti untuk mengamalkan plagiarisme.

Bagi pihak atasan pula,khususnya dalam institusi pendidikan sendiri, contohnya pentadbiran tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-profesor dan doktor-doktor,waima pensyarah-pensyarah sendiri seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar mereka.Selepas sesuatu tugasan diberikan,mereka sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali. ia adalah satu bentuk rompakan dan pencerobohan dalam dunia penulisan akademik jadi hal itu dipandang serius oleh pensyarah.

Terapkan rasa hormat akan penulisan orang lain dengan menceritakan tentang penulisan tersebut. Penyarah memainkan peranan yang sama penting dalam mempengaruhi gerak kerja pelajar mereka.Jika pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh,berkemungkinan besar pelajar mereka akan melakukan plagiat.

Selain itu,penyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan mereka.Ini boleh menjadikan mereka percaya pada diri sendiri,yakni penulisan mereka.

Sumber= https://anasandthelighthouse.wordpress.com/2015/06/06/langkah-langkah-menangani-plagiarisme-tugasan-etika-dan-profesional/  

 

10 Tips untuk pelajar menghindari plagiarism dalam penulisan

1. Mula awal

Cara mudah untuk membantu anda mengelakkan plagiarisme adalah untuk memberi diri anda cukup masa ketika menulis kertas. Sangat mudah untuk terlepas sesuatu apabila anda terburu-buru. Mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan memberi perhatian kepada kerja anda adalah sangat penting. Apabila kita berada di bawah tekanan kita mempunyai peluang untuk membuat kesilapan.

 

2. Petikan dengan betul

Petikan yang anda ambil dari sesuatu sumber tidak mempunyai apa-apa makna jika anda tidak memetiknya dengan betul. Pastikan anda tahu apa standard bagi kertas yang anda kerjakan dan gunakan dengan tepat. Anda mungkin cuba melakukan perkara yang betul dan masih salah.

 

3. Membaca & membetulkan kesalahan (Proofreading)

Proofreading adalah keperluan dan ia juga akan membantu dengan plagiarisme anda. Ia tidak mengambil banyak masa untuk mengimbas kertas anda dan pastikan anda telah menyebut setiap sumber yang anda gunakan. Langkah ini mudah diterapkan dan memberikan hasil.

 

4. Quote

Satu lagi cara untuk memberi kredit ialah dengan menyatakan sumber. Ia benar-benar tidak mengambil banyak masa dan anda mahu melakukannya sebaik sahaja anda menulisnya. Apabila anda memetik rujukan anda, anda tidak akan dituduh plagiarisme.

 

5. Paraphrase

Anda perlu memberi kredit di mana ia patut diberikan. Paraphrasing berfungsi dengan baik apabila anda menuliskan ayat tanpa membuang makna. Anda perlu menuliskannya dengan kata-kata anda sendiri dan tidak boleh hanya mengambil satu perkataan dan menggantinya dengan yang lain.

 

6. Tambah Nilai

Jangan cuba gunakan semua maklumat yang anda dapati di sumber anda. Cuba dan tambah beberapa nilai kepada topik ini dengan memasukkan beberapa pandangan anda sendiri. Ini akan memberi markah yang lebih baik kepada anda. Ia menunjukkan bahawa anda memahami apa yang anda bercakap. Anda hanya boleh melakukan ini dengan meneliti secara mendalam sehingga anda sampai ke titik di mana semua maklumat tersebut difahami.

 

 

 

7. Semakan plagiarism

Terdapat banyak applikasi semak plagiarisme yang baik dalam internet. Begitu juga bagi kes itu untuk mengelakkan plagiarisme. Ia tidak perlu banyak untuk meletakkan kerja anda melalui pemeriksa, hanya untuk berjaga-jaga.

 

8. Rujukan

Satu lagi cara mudah untuk mengelakkan plagiarisme adalah dengan memasukkan halaman rujukan pada akhir kertas anda. Hanya tambah ke senarai ini kerana anda melakukan penyelidikan anda dan tahu apa yang anda ingin sertakan. Jangan cuba untuk melakukannya apabila anda selesai dengan kertas anda kerana mudah terlepas sesuatu yang penting.

 

9. Tanya Guru anda

Luangkan sedikit masa bersama guru anda memastikan anda mengetahui garis panduan untuk kertas kerja yang sedang anda kerjakan. Kadang-kadang, kita dapat menyelamatkan diri kita begitu banyak masa dengan hanya bertanya. Tanya jika halaman rujukan atau petikan dalam teks diperlukan. Ini membolehkan anda masuk ke dalam tugas yang disediakan.

 

10. Internet adalah Sumber

Hanya kerana anda mendapati sesuatu di internet dan bukan dalam buku tidak bermakna anda boleh menggunakan maklumat itu tanpa menyebutnya. Berhati-hati dengan yang ini kerana ia masih merupakan karya asal seseorang. Anda ingin merujuk atau mengutip sumber dalam talian yang anda gunakan untuk mengelakkan plagiarisme. Hanya kerana anda mendapati sesuatu di blog seseorang tidak bermakna ia ada untuk anda gunakan.

 sumber : https://www.pascasiswazah.com/10-tips-untuk-pelajar-bagaimana-menghindari-plagiarisme-dalam-penulisan-anda/


GEJALA PLAGIAT AKADEMIK

GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA DALAM KALANGAN REMAJA     Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak pers...